27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Cadang penjualan aset TH disiasat, ahli Parlimen PH tak senang duduk

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak senang duduk apabila isu penjualan aset Lembaga Tabung Haji (TH) dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik portal PN BBC, ahli Parlimen PH Shah Alam, Khalid Abdul Samad kelihatan tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan isu tersebut.

Shahidan mencadangkan agar RCI tersebut menyiasat berhubung dakwaan aset TH dijual pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar.

“Jual harta TH nilai RM244 juta pada RM177 juta. Apakah benar terdapat surat daripada CEO TH yang mengatakan perkara itu?

“TH pun kamu jual, TH bukan hak kamu. TH hak pendeposit orang Islam,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Khalid akhirnya terdiam apabila ditempelak oleh Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang ketika mencelah berkata, PH cuba menyembunyikan kejatuhan pasaran saham lebih 300 mata telah menghilangkan lebih kurang RM400 bilion.

Menurut Ahmad, keadaan itu telah menyebabkan TH serta beberapa syarikat milik kerajaan yang lain mengalami kerugian.

Baca juga:   TH beri jaminan kepentingan pendeposit tetap terpelihara

“Segala kerugian itu mereka kata kita yang salah walhal zaman mereka saham jatuh merudum,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya oleh Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer tentang mengapa beliau tidak dilantik menjadi menteri Kabinet, Shahidan menyatakan bahawa rezeki itu milik Allah.

Baca juga:   TH catat untung bersih RM1.6 bilion bagi tahun 2018

“Saya tawakkal kepada Allah. Saya akan kekal berada di sini, saya tak akan berada di sana,” jelasnya.

Sebelum sidang disambung semula kira-kira jam 2.40 petang, Rayer merungut tentang kelewatan tersebut dipercayai ekoran kelewatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said memasuki dewan.

Wartawan

Terkini

Runtuhan di Taman Bukit Berlian diisytihar kawasan bencana

KAWASAN kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Berlian 5, Taman Bukit Berlian, Lobak Seremban diisytiharkan sebagai kawasan bencana. Pengerusi...

Lagi Artikel Berkaitan