Thursday, June 4, 2026

PRU bukan prioriti – Takiyuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KERAJAAN ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19.

“Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya.

“Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

“Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. – Bernama

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan