25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ayuh bangkit Harimau Malaya – PM

Ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WALAUPUN tewas tipis kepada Bahrain malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar Harimau Malaya akan terus bangkit memberikan yang terbaik selepas ini.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook berkata, kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.

Malah beliau menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

“Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!” katanya.

Advertisements

Terdahulu, skuad kebangsaan tewas tipis kepada Bahrain 1-2 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harapan Harimau Malaya untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata pada aksi kedua kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bahrain tidak kesampaian apabila tewas tipis.

Pada perlawanan berkenaan, Kim Pan-gon membuat beberapa perubahan kesebelasan utama berbanding ketika bertemu Turkmenistan sebelum ini apabila mengekalkan penyerang Petaling Jaya City, Darren Lok sambil dibantu dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan