28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua beranak rentung terperangkap dalam kebakaran

Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beranak rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Titingan Blok 3, di Tawau, Sabah, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Kamisah Mapiasah, 49, dan ibunya Sadiah Jabar, 80, ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap.

Menurut Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius Stephen Jr, pihaknya menerima panggilan pada 12.53 tengah malam sebelum sepasukan 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah papan yang musnah sepenuhnya, sementara dua rumah lagi masing-masing terbakar 40 peratus dan 60 peratus.

“Selepas api dipadamkan, pemeriksaan bomba menemui dua mayat dalam keadaan rentung di tingkat bawah rumah terbabit,” katanya hari ini.

Advertisements

Julius berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di kampung tersebut kira-kira pukul 1.32 pagi.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Untuk rekod, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 3.08 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan