24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

MARA sedia hantar pelajar dalami bidang baharu

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk memperluaskan kerjasama strategik bidang baharu bagi pengajian pelajar tajaannya ke luar negara.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, MARA menetapkan kerjasama strategik itu membabitkan universiti di luar negara yang berada di ranking terbaik dunia.

“Universiti ini adalah ranking yang ke-35 di seluruh dunia dan di United Kingdom ni adalah ranking yang kelima, di Eropah mereka ranking yang kelapan.

Jumlah keseluruhan pelajar di universiti ini adalah 40 ribu lebih pelajar di sini dan lebih 25 peratus adalah pelajar dari luar negara termasuk dari Malaysia “ kaganga

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena lawatan kerja ke University of Manchester (UoM) di United Kingdom semalam.

Dalam lawatan itu, Mahdzir mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi UoM yang diketuai oleh Naib Presiden Pembelajaran, Pengajaran dan Hal Ehwal Pelajar, Profesor April McMohan.

Delegasi lawatan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Dalam lawatan itu, Mahdzir dan delegasi turut mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan berkaitan aspek pengajian bidang baharu yang boleh diteroka oleh pelajar tajaan MARA ke UoM.

Baca juga:   Hajiji dakwa ada sokongan majoriti 44 ADUN

Mahdzir juga dibawa meninjau bangunan baharu Fakulti Kejuruteraan UoM yang mempunyai kelengkapan dan peralatan pengajian moden dan terkini.

Baca juga:   Dibenar pulang: Mahasiswa, ibu bapa tarik nafas lega

MARA ketika ini jelas Mahdzir, menghantar sebahagian besar pelajar tajaannya mengikuti pengajian bidang kejuruteraan di United Kingdom dan juga di 21 buah negara lain.

Setakat ini MARA mempunyai sejumlah 3,391 pelajar tajaannya di luar negara dengan jumlah paling ramai adalah di United Kingdom iaitu 1,422 pelajar.

“Kita dapat melihatlah bagaimana mereka telah memberi penerangan mengenai keupayaan pelajar-pelajar kita dari segi kualiti pelajar bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam ko-kurikulum, mereka memuji pelajar-pelajar Malaysia dalam penyertaan NGO, ko-kurikulum dan juga pengajian akademik.”

Tambah Mahdzir, MARA membuat keputusan tepat memilih UoM sebagai destinasi pelajar tajaannya yang paling ramai di UK atas faktor ranking universiti, tenaga pengajar dan persekitaran kampus yang terbaik.

Antara kemudahan terbaik UoM adalah infrastruktur pembelajarannya iaitu perpustakaan yang memiliki koleksi 4 juta buah buku dan manuskrip bercetak, 800 ribu buku elektronik dan 500 ribu jurnal elektronik.

“MARA mempunyai pelajar yang ramai di universiti ini di kalangan universiti yang ada di United Kingdom. Kita ada lebih kurang 229 pelajar di kampus University of Manchester dan ini di bawah tajaan MARA”, kata Mahdzir. – Edisi 9

Baca juga:   Lelaki maut kereta terjunam dalam runtuhan tanah

Wartawan



Terkini

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata...

Lagi Artikel Berkaitan