30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pemilik ingkar arahan roboh, MBS ambil tindakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Bandaraya Seremban (MBS) menerusi Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah yang didapati mengubah suai kediaman tanpa kelulusan di Taman Surian, Mantin seperti yang tular di media sosial semalam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan bagi memberhentikan kerja-kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan tersebut.

“Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini kerana keingkaran pemilik mematuhi notis yang telah dikeluarkan.

“Majlis memandang serius atas kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini. Sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis terlebih dahulu.

Advertisements

“Lebih-lebih lagi dalam menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti warga bandar raya yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan.

Masri berkata, segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi menyejahterakan keharmonian warga bandar raya.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan