31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bayi lapan bulan patah tangan kiri disyaki didera di Taska

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi lelaki patah tulang tangan kiri disyaki akibat didera di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Setar, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata, kejadian menimpa bayi tersebut yang difahamkan baru beberapa hari dipindahkan ke taska tersebut, berlaku pada 2 Jun lalu.

Katanya, keluarga bayi tersebut membuat laporan polis sehari kemudian sebelum bayi itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Pada awalnya doktor mendapati terdapat bengka pada lengan kiri namun tiada kesan luka.

“Setelah dirujuk ke pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), bayi tersebut disahkan patah tulang di bahagian atas lengan kiri.

Advertisements

“Berikutan itu pihak polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang merupakan pengasuh di taska terlibat, untuk membantu siasatan,” katanya lapor Astro AWANI.

Tambahnya, setakat ini pihak polis masih menyiasat punca kejadian itu serta beberapa perkara berkaitan.

“Wanita yang ditahan itu direman selama enam hari hingga 9 Jun depan.

“Siasatan lanjut kini masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan