Wednesday, July 22, 2026

Permohonan subsidi taska swasta Tamil dibuka 17 April

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UNIT Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuka permohonan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023.

Mitra berkata, semua tadika swasta (Tamil) yang menepati kriteria kelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web Mitra Geran 2023 – Permohonan Subsidi Pendidikan Awal Mitra atau melalui pautan rb.gy/jqwe1.

Katanya, permohonan yang tidak melalui sistem tidak akan dipertimbangkan.

“Mitra telah menyediakan Garis Panduan Permohonan Subsidi Pendidikan Awal sebagai panduan kepada pengusaha tadika swasta (Tamil) yang ingin mengemukakan permohonan.

“Permohonan akan dibuka untuk selama 30 hari bermula pada 17 April pukul 3 petang sehingga 16 Mei pukul 5 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementata itu Mitra berkata, sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pegawainya menerusi talian 03-8886 6324 atau e-mel [email protected]. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan