33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mara lulus RM15 juta tukar ‘laptop’ lama guru, staf MRSM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membiayai proses  penukaran komputer riba lama guru-guru dan kakitangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) secara berperingkat.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas ramai guru-guru di sembilan MRSM yang dilawati sebelum ini mengadu mereka terpaksa bergantung kepada komputer riba lama.

“Setakat sembilan MRSM yang saya lawati sejak 4 minggu saya dilantik Pengerusi MARA, ramai guru-guru yang saya temui mengadu kerana terpaksa bergantung kepada laptop lama yang rata-rata hampir 10 tahun usianya.

“Terngiang-ngiang lagi seorang guru Sains sebut kepada saya: “Bukan laptop Dr tapi table-top dan amat slow”.

Advertisements

“Alhamdulillah, Majlis MARA telah luluskan RM15 juta untuk proses penukaran laptop-laptop lama guru-guru dan kakitangan MRSM secara berperingkat,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Asyraf berkata, pagi ini selepas bertadarrus dengan Bahagian Teknologi Maklumat Mara, beliau mendengar sendiri taklimat proses penukaran laptop-laptop lama dalam masa terdekat dan segera.

“Tentunya tanpa berkompromi dengan segala prosedur operasi standard (SOP), tata kelola dan tata cara perolehan dan aspek ketelusan.

“Moga dapat lebih memberikan semangat dan perangsang kepada para pendidik di 55 MRSM bagi meneruskan agenda transformasi anak bangsa, Insya-Allah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan