26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

4,107 kes sembuh atasi kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 4,107 kes sembuh sekaligus mengatasi 1,054 kes positif baharu COVID-19.

Data dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat tengah malam tadi juga sebanyak 28,778 kes aktif direkodkan menjadikan sejumlah 4,452,835 kes dikesan sejak 25 Januari 2020 sehingga kini.

Jumlah keseluruhan kes sembuh merekodkan sebanyak 4,388,491 kes setakat ini.

Sementara itu, sebanyak 27,361 kes menjalani isolasi di rumah, seramai 14 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,328 menjalani rawatan di hospital.

Advertisements

Seramai 33 pesakit kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 41 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM juga merekodkan tiga kematian akibat COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kes kematian kini sebanyak 35,567 kes.

Dua daripada kematian itu dilaporkan di Selangor dan satu lagi di Perak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan