24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Anggota polis lemas mandi air terjun Kampung Sungai Tonggang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis ditemukan lemas ketika mandi bersama keluarganya di kawasan air terjun Kampung Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.55 petang itu, disedari apabila mangsa, Lans Koperal Amirul Izuddin Muhammad, 28, tidak timbul di permukaan air selepas terjun ke dalam lubuk sungai berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang bertugas di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman datang ke lokasi sekitar pukul 4 petang bersama isteri, keluarga dan rakan-rakan.

Katanya, mangsa kemudian naik ke kawasan bukit bersama empat lelaki untuk mandi di lubuk yang agak dalam sebelum terjun dan disedari tidak timbul.

“Rakan dan saudara mangsa cuba menunggu kira-kira lima minit namun mangsa masih tidak kelihatan.

“Mereka segera keluar dari kawasan itu untuk menghubungi talian kecemasan 999.

Baca juga:   Wanita warga Singapura ditahan pukul kanak-kanak autisme

“Operasi mencari lelaki itu segera dijalankan sebelum mangsa ditemukan lemas pada pukul 11.15 malam di dalam lubuk berkenaan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat terkena batu di dalam air semasa terjun ke dalam lubuk tersebut,” katanya lapor Utusan.

Menurut beliau, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Jenazah anggota terbabit akan dibawa ke Jelebu, Negeri Sembilan selepas selesai proses bedah siasat,” katanya.

Baca juga:   Polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan