25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemandu Toyota Alphard bebas dijamin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, suspek telah dibebaskan semalam selepas selesai proses mengambil keterangan.

“Sebelum ini, suspek telah direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya lapor Kosmo!.

Menurut Azman, tindakan lanjut akan diambil pegawai penyiasat JSPT sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pemandu Toyota Alphard yang tular di laman sosial dipercayai membuli pengguna jalan raya lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak telah ditahan reman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan