33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Malas keluar mengundi punca peratusan undi rendah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berpandangan, malas keluar mengundi merupakan salah satu faktor peratusan undi rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, pendaftaran secara automatik juga menjadi penyebab kepada kemerosotan keluar mengundi kerana terdapat pengundi yang sememangnya tidak mahu mengundi.

“Orang malas nak keluar mengundi dan mereka yang didaftarkan secara automatik sebelum ini mereka tidak ada rasa nak keluar mengundi.

“Tapi tiba-tiba apabila mereka dimasukkan sebagai pengundi dan mereka tidak keluar mengundi sebab tidak berhasrat untuk daftar sebagai pengundi.

Advertisements

“Itu salah satu daripada punca mengapa jumlah mereka yang tidak keluar mengundi itu tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Utusan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang ingin mengetahui mengenai peratusan mengundi yang sangat rendah pada PRN Johor, Sabtu lalu.

Pada Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan PRN Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus yang merupakan peratusan terendah dalam PRN.

Ujar Mas Ermieyati lagi, peratusan terendah dalam PRN yang diadakan sebelum ini merupakan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan