26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Calon BN penuhi aspirasi rakyat, kestabilan politik Johor

Mesti Baca

KESEMUA 56 calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan memenuhi aspirasi rakyat dan kestabilan politik negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemilihan calon kali ini juga diyakini akan mendapat mandat baharu daripada pengundi Johor.

“Kita yakin bahawa calon-calon dikemukakan BN memenuhi aspirasi rakyat atas nama kestabilan politik Johor.

“Jadi kombinasi antara orang lama dan muka baru dan kombinasi antara kumpulan profesional, aktivis dan mereka-mereka yang berada bersama rakyat di bawah sana.

“Saya yakin bahawa ini adalah pilihan yang rakyat dapat beri mandat dalam PRN Johor,” katanya di Kluang, Johor.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai pengumuman senarai nama calon BN bagi PRN Johor oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Johor Bahru hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 70 peratus calon BN untuk pilihan raya kali ini terdiri daripada muka baharu.

Menurutnya, lebih 80 peratus calon adalah berumur 55 tahun ke bawah dan memiliki kelayakan akademik yang tinggi.

Pada PRN Johor ini, UMNO akan bertanding 37 kerusi, MCA 15 dan MIC pula seramai empat calon.

Mahdzir sebelum itu merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA Berhad 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan