26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kontak rapat penerima dos penggalak tidak perlu kuarantin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KONTAK rapat kepada penerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu menjalani kuarantin berkuasa kuasa 1 Mac ini, namun perlu melakukan ujian kendiri (RTK).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata, individu berkenaan perlu menjalani ujian RTK pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

“Sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif, individu ini boleh lakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula perlulah melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.

“Bagi individu yang lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Sementara dalam perkara berkaitan lanjutan tempoh dos penggalak, Khairy berkata, KKM akan melanjutkan tempoh pemberian dos penggalak sehingga 31 Mac ini kepada individu yang menerima vaksin jenis Sinovac.

“Sebelum ini KKM memutuskan mana-mana individu berusia 60 tahun ke atas yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari ini sebelum status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dinyatakan sebagai tidak lengkap.

“Penerima vaksin Sinovac yang berusia 60 tahun ke atas perlu dapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap dalam MySejahtera. Tempoh masa sebelum ini kita beri sehingga 28 Februari, namun kita lanjutkan sehingga 31 Mac ini bagi memudahkan mereka mendapatkan dos penggalak berkenaan.

“Jadi bermula 1 April ini, sekiranya mereka masih belum mendapatkan dos penggalak berkenaan status vaksinasi lengkap golongan ini akan ditukar sebagai tidak lengkap dalam MySejahtera,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan