31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Senarai nama calon PN diumum Khamis ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada parti berkenaan, Khamis ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muyiddin Yassin berkata, ketika ini senarai nama berkenaan masih dalam proses saringan.

Menurut beliau, gabungan parti dalam PN sudah pun mengemukakan nama calon masing-masing.

“Pembahagian kerusi sudah selesai dan nama calon sudah dikemukakan.

“Kita akan umum secara rasmi pada 24 Februari ini di Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan pembahagian kerusi antara komponen PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan.

Sebelum ini, PN berhasrat bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon PRN Johor manakala 12 Mac adalah tarikh pengundian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikann gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam...

Lagi Artikel Berkaitan