27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kompaun menteri: Kerajaan tak bezakan individu langgar SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA-mana individu yang melakukan apa jua kesalahan termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, boleh dikenakan tindakan.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam soal itu, kerajaan tidak akan membezakan.

“Tidak ada konsep orang atas kayangan tidak kena kompaun dan orang bawah sahaja kena kompaun.

“Sesiapa yang langgar SOP akan dikenakan kompaun termasuk Menteri Pertahanan dan lain-lain, tidak kira siapa,” katanya selepas merasmikan Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Shah Alam, hari ini lapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kompaun yang dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada penganjur Majlis Pelancaran Briged MIC serta beberapa pemimpin kanan kerajaan termasuk Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana melanggar SOP COVID-19, semalam.

Menjawab desakan pemimpin DAP yang mahu Hishammuddin meletakkan jawatan, Ismail Sabri berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Advertisements

“Langgar SOP bukan jenayah, tiada kena mengena dengan jenayah dan KKM telah keluarkan kompaun.

“Kalau sesiapa kena kompaun letak jawatan, saya rasa tiada orang boleh bekerja,” kata Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan bahawa SOP penting untuk dipatuhi.

“Pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan ramai sudah kena kompaun jadi semua kena letak jawatan ke? Jadi tak perlu.

“Yang penting tindakan diambil, maknanya kerajaan tidak membeza-bezakan individu yang melakukan kesalahan, mereka terbabit boleh jadi menteri, timbalan menteri, ketua jabatan… boleh jadi sesiapa sahaja,” katanya.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan