28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hishammuddin, Hasni antara dikompaun langgar SOP

Gagal mematuhi SOP ketika menghadiri majlis pelancaran Bridged MIC Johor sempena pilihan raya negeri itu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad antara pemimpin yang dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka antara pemimpin politik yang menghadiri pelancaran Bridged MIC Johor di Educity Kota Iskandar hari ini.

Beliau berkata, KKM turut mengenakan tindakan serupa terhadap Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran serta para pemimpin utama yang menghadiri majlis tersebut di bawah Akta 342.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada Hishammuddin, Hasni, Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor,” katanya menerusi ciapan dalam twitternya hari ini.

Sebelum itu, sebuah rakaman video yang menunjukkan ketibaan ketiga-tiga pemimpin tersebut yang kelihatan terlalu sesak dengan orang ramai sehingga gagal mengekalkan penjarakan fizikal.

Sementara itu, Hishammuddin yang hadir sebagai tetamu pada majlis tersebut berkata, beliau akur dengan kompaun yang dikeluarkan oleh KKM terhadap beliau.

“Saya terima dan saya akui sememangnya terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP terutama di majlis pelancaran tadi.

“Bagaimanapun, salah tetap salah. Tiada sesiapa yang harus terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang, termasuk diri saya sendiri.

“Ini merupakan pengajaran kepada semua untuk meningkatkan lagi pematuhan SOP terutama sepanjang musim PRN Johor ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan