28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Khairy kongsi anak terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsi detik anak bongsunya, Raif menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Khairy dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan, anaknya itu selesai menerima suntikan dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di WTCKL.

“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.

Ciapan Khairy itu turut mendapat reaksi dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Alhamdulillah,” itu reaksi Noor Hisham ringkas.

Sebelum ini, Khairy menutup mulut pengritik apabila mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin pada 3 Januari lalu.

Untuk rekod, sebanyak 135,478 atau 3.8 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini sudah mengambil sekurang-kurangnya dos pertama vaksin bagi Covid-19, setakat semalam sejak 3 Februari lalu.

Secara keseluruhannya, Selangor menjadi negeri paling tinggi yang sudah memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak iaitu sebanyak 50,050 bagi dos pertama, ia diikuti Sarawak (28,162), Kuala Lumpur (22,863), Melaka (8,640) dan Sabah (8,125).

Selain itu ialah Kedah dengan 5,559 bagi dos pertama, Negeri Sembilan (4,451), Perak (2,795), Terengganu (1,839), Pulau Pinang (941), Perlis (636), Johor (534), Labuan (353), Putrajaya (242), Kelantan (157) dan Pahang (131).

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan