24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jangan berhenti di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA jalan raya dinasihatkan supaya tidak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan lebuh raya Temiang-Pantai bagi tujuan bergambar dan berkumpul di lorong berkenaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan memberhentikan kenderaan secara berkumpulan di lorong kecemasan adalah perbuatan tidak sepatutnya dilakukan oleh pengguna jalan raya kerana ia mengundang risiko tinggi berlakunya kemalangan di kawasan terbabit.

“Tindakan pemandu itu membahayakan keselamatan orang ramai dan tidak munasabah kerana ia boleh memberikan satu persepsi bahawa tempat itu adalah tempat pelancongan sedangkan kawasan terbabit adalah lebuh raya.

“Perlu diingat jalan raya ini digunakan untuk kenderaan dan jentera bergerak. Apabila mereka berhenti secara berkumpulan atau beramai-ramai ia mengganggu kelancaran trafik.

“Pemandu lain akan bertemu kelompok kenderaan berhenti dan berkumpul di jalan raya akhirnya mengundang kemungkinan berlakunya kemalangan,” katanya lapor Bernama.

Advertisements

Jalan Temiang-Pantai adalah laluan alternatif ke Kuala Klawang atau Jelebu dibuka pada 26 Ogos tahun lepas.

Beliau berkata, kepada mereka yang melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah lalu lintas Jalan 1959 yang menyatakan tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan didenda kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial berkaitan sekumpulan pemandu kenderaan berkumpul dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang-Pantai untuk bergambar di jalan raya berkenaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan