25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

KPM, KBS bincang bangun bakat sukan murid, guru

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil pendekatan proaktif bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan belia dan sukan yang melibatkan murid serta guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya telah menerima kunjungan daripada Menteri KBS, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pegawai Kementerian tersebut bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurutnya, dalam pertemuan berkenaan, perbincangan adalah berkaitan usaha dan pendekatan untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan murid dan juga kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan fasiliti sukan KPM dan KBS.

“Selain itu, pembangunan bakat sukan daripada peringkat awal anak-anak sememangnya menjadi tumpuan KPM-KBS.

“Terkini, Program Pembangunan dan Pencarian Bakat (MyTID KPM-KBS) antara yang sedang diusahakan,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Radzi berkata, aspek pembangunan belia juga perlu diberi perhatian bagi melahirkan generasi pemimpin negara yang berwibawa.

“Semoga usaha KPM-KBS melalui pelbagai pendekatan strategik dapat melahirkan belia negara yang cemerlang serta memajukan sukan untuk seluruh rakyat dapat direalisasikan sepertimana yang dirancang.

“KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan