26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tiada hasrat tangguh pemberian dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak berhasrat untuk menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat seperti yang disarankan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan dan mempergiat lagi program vaksinasi untuk keselamatan rakyat.

“Sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin.

“Pengambilan booster ni adalah sangat-sangat penting untuk meningkatkan daya tahan badan meningkatkan pertahanan badan dan juga memanjangkan lagi imuniti terhadap penyakit yang masih lagi sedang berleluasa sekarang ini.

“Jadi, cadangan Mufti Perlis supaya ditangguhkan tak perlu lah, tak perlu, tak perlu… semalam dah 44.4 peratus, 10.4 juta orang telah disuntik dan kita menjangkakan mencapai 60 peratus rakyat Malaysia diberi booster pada hujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Jualan Keluarga Malaysia di tapak pasar tani, Pusat Bandar, Bagan Serai, hari ini, lapor Astro Awani.

Advertisements

Menurutnya, berita orang sakit dan meninggal dunia selepas mengambil vaksin yang diviralkan memang benar.

Bagaimanapun, kata beliau, daripada hasil bedah siasat mendapati ia disebabkan penyakit lain yang dialami.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan KKM akan terus memperhebatkan program vaksinasi supaya rakyat mendapat data yang benar, sahih dan mengikut sains.

Edisi 9 sebelum ini melaporkan, saranan Mohd Asri agar KKM menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

Menurutnya, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan