29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

[TERKINI] DUN Johor bubar selepas dapat perkenan sultan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor sah dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Hasni berkata, beliau telah diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai pembubaran DUN.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu berkata, beliau juga telah diberi mandat UMNO negeri untuk mempersembahkan cadangan pembubaran itu kepada Sultan Johor hari ini.

“Dengan mandat yang diberikan, maka saya telah diperkenan untuk mengadap Sultan Johor pada hari ini 22 Januari 2022 pukul 5 petang di Istana Bukit Serene untuk persembahkam pandangan kerajaan negeri agar DUN Johor Ke-14 dibubarkan.

“Permintaan kerajaan negeri telah diperkenankan oleh Sultan Johor dan dengan ini DUN Johor Ke-14 telah terbubar,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru petang ini.

Advertisements

Desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan telah kedengaran sejak beberapa minggu lalu.

Ini berikutan jumlah kerusi yang dimiliki oleh kerajaan negeri semakin tipis apabila berbeza satu kerusi berbanding pembangkang selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian.

Ketika ini kerajaan negeri yang merupakan gabungan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai 28 kerusi, berbanding 27 kerusi oleh Pakatan Harapan (PH).

Ekoran itu, Hasni dicadang oleh UMNO agar membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan, sekali gus memberi mandat kepada rakyat negeri itu untuk memilih kerajaan yang lebih stabil.

Bagaimanapun, cadangan diadakan PRN negeri dibantah oleh pihak pembangkang dengan alasan pandemik COVID-19 masih lagi menular terutama munculnya varian Omicron. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan