27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Azam perlu buktikan sumber kewangan: Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan adiknya perlu membuktikan sumber kewangan mereka untuk membeli saham tersebut.

Itu pandangan dan pendirian yang dikemukakan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran di Facebook berkenaan dengan isu tersebut.

“Pendirian saya mudah sahaja seperti apa yang saya ‘post’ masa isu ini bermula.

“Ini kes Azam Baki milik saham bernilai RM300,000 hingga RM600,000 tujuh tahun, lalu dia beri alasan adiknya yang beli.

“Jadi, ada keperluan bagi Azam dan adiknya untuk buktikan sumber kewangan mereka untuk beli saham itu sebab orang ramai nak tahu.

“Sekiranya mereka tidak boleh jelaskan dan buktikan sumber kewangan tersebut, maka geng Pakatan Harapan (PH) akan lebih suka Azam diganti dengan pemimpin parti UMNO seperti apa yang PH buat dengan Latheefa Koya semasa mereka kerajaan. Lepas diganti dengan pemimpin UMNO, PH akan puas hati,” katanya.

Baca juga:   DOF sahkan gegelang sotong 'viral' tiada DNA babi

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin PH yang membuat protes dan tuntutan penjelasan serta mahu individu tersebut ditangkap.

“Tapi apa yang saya pelik ialah:Milik saham bernilai ratusan ribu, PH mahu protes dan tuntut penjelasaan serta mahu individu tersebut ditangkap.

“Tidak takut COVID-19 pula semasa protes,” ujar beliau.

Katanya lagi, keluarga bekas Gabenor dibayar sehingga RM700 juta oleh Jho Low, PH tidak protes dan diam.

Baca juga:   Merdeka 118 tidak guna duit kerajaan, kroni - Najib

“Bekas menteri yang cadangkan SRC diberi jaminan kerajaan setelah menerima bayaran RM85 juta dari Jho Low, PH tak protes dan tak mahu ambil tahu.

“Goldman Sachs bayar sebanyak RM16.6 bilion sebab mereka mengaku telah sogok beberapa pegawai kerajaan dan 1MDB yang tidak dinamakan, PH pula tak mahu protes, tak mahu ambil tahu nama siapa-siapa yang telah disogok serta tuntut kerajaan tangkap mereka pula.

“Kenapa?,”soalnya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bot nelayan ditahan, tangkap ikan di zon larangan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai melakukan aktiviti perikanan di bawah...

Lagi Artikel Berkaitan