26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

128 kes positif di Pulapol, Air Hitam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 128 kes positif COVID-19 dilaporkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kes indeks Kluster Air Hitam itu bermula dengan saringan bergejala terhadap lima orang pelatih, dan keputusan adalah positif.

Katanya, sehingga semalam, seramai 602 orang sudah menjalani ujian saringan dan 128 daripadanya positif virus berkenaan, manakala 444 orang, negatif dan 30 lagi individu sedang menunggu keputusan.

“Kes positif sedang dirawat dan kontak rapat sudah diasingkan,” katanya lapor Harian Metro.

Advertisements

Pada Khamis lalu, Kluster Air Hitam diisytiharkan dan operasi latihan di Pulapol berkenaan sudah dihentikan bermula 10 Januari, selain asrama turut ditutup dan menjadi pusat isolasi.

Pusat latihan itu kini hanya dibuka bagi urusan pentadbiran sahaja.

Dalam perkembangan berlainan, Veerapan berkata, sehingga 12 tengah hari semalam, 203 kes baharu positif COVID -19 dilaporkan di Negeri Sembilan

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini sebanyak 115,717 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19, sebanyak 1,327.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan