33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

YEZP sumbang kit tanaman hidroponik untuk yang memerlukan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Prihatin terhadap nasib penduduk pinggir bandar yang terkesan dengan pandemik Covid-19, Yayasan EZ Prihatin (YEZP) tampil membuka peluang untuk mereka menjana semula pendapatan dengan menceburi aktiviti pertanian.

Pengerusi YEZP, Syariffuddin Supeni berkata, pihaknya dalam perancangan memberi sumbangan set kit survival penanaman satur-sayuran secara hidroponik kepada golongan asnaf menerusi pelan Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf YEZP.

Menurut beliau, hidroponik yang merupakan kaedah menanam pokok tanpa menggunakan tanah, merupakan pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian masyarakat berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

SET Kit Hidroponik yang mudah di selenggarakan bagi jenis tanaman sayuran.
SET Kit Hidroponik yang mudah di selenggarakan bagi jenis tanaman sayuran.

“Kit survival hidroponik ini kami bekalkan kepada penduduk yang layak khususnya untuk golongan asnaf terutama ibu tunggal, fakir miskin dan mualaf supaya mereka memulakan operasi perniagaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan.

“Lagi pun kit survival ini juga boleh diselanggara sendiri untuk tujuan sumber makanan seisi rumah,” katanya ketika dihubungi Edisi 9, baru-baru ini.

Advertisements

Kit survival hidroponik yang dibekalkan itu mempunyai benih sayuran pelbagai jenis yang boleh ditanam secara sistematik tanpa kawasan tanah terbuka mahupun terlalu luas.

Dalam perkembangan lain, Syariffuddin turut mengalu-alukan syarikat korporat, individu untuk bersama-sama YEZP dalam menjayakan Program Survival Kit ini.

CONTOH set rak kit hidroponik yang mudah diletakkan di kawasan rumah.

“Bukan sahaja golongan asnaf luar bandar tetapi Survival Kit Hidroponik ini boleh juga dikembangkan ke institusi-institusi lain seperti rumah anak yatim dan sekolah tahfiz agar kelangsungan makanan terjamin,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat sumbangan melalui projek tersebut boleh layari laman web https://yayasanezprihatin.org/donations/sumbangan/ – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Pelbagai inisiatif dilaksana untuk reformasi pendidikan negara – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan