31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah petang ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, amaran ribut petir yang dikeluarkan melibatkan kawasan Bentong, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Di Johor, melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi.

Advertisements

“Selain itu, bagi negeri Sarawak kawasan yang terlibat adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di negeri Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu).

Jelasnya, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan