33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Wang tunai RM40,000 menanti peserta e-Sukan AKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HADIAH wang tunai berjumlah RM40,000 ditawarkan untuk peserta dan pengunjung dalam pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bermula semalam sehingga Ahad nanti.

Pengurus projek e-Sukan, Nurul Aina Nor Azmi, berkata, antara e-Sukan yang dipertandingkan termasuklah Mobile Legend Bang Bang, FIFA dan Racing Simulator.

“Pada hari ini bermula pukul 6 petang, pertandingan FIFA akan bermula. Setakat ini, lebih 60 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan berkenaan.

“Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM3,000; tempat kedua, RM2,000; tempat ketiga RM1,250 dan tempat keempat RM750.

“Sementara itu, saguhati dari tempat kelima sehingga kelapan membawa pulang wang tunai RM250,”katanya di sini.

SEORANG peserta menyertai pertandingan E-sports sempena Program 100 Hari Aspirasi Malaysia di KLCC hari ini. Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Beliau berkata, menerusi penganjuran acara e-Sukan ini juga dapat memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman bermain permainan e-Sukan secara percuma.

Advertisements

“Kita mahu memberi fokus kepada pencarian bakat baharu untuk diketengahkan.

“Di samping itu mahu mengubah persepsi masyarakat sebelum ini kononnya e-Sukan tidak mampu berkembang baik dalam kalangan ibu bapa.

“Give away’ turut diberikan setiap hari kepada pengunjung yang berpeluang menyertai acara yang disediakan,” katanya.

Ujar beliau, 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Esports Championship dijadikan platform untuk rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk memupuk semangat pepaduan.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan dalam program ini seperti demonstrasi karangkraf, karnival kerjaya dan diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan