27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ismail Sabri ucap takziah Allahyarham Kapten Mohammad Affendi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustam yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam tadi.

Ucapan dizahirkan Ismail Sabri menerusi ciapan di laman rasmi Twitter miliknya tadi turut mendoakan agar roh Kapten Mohamad Affendi dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman.

Advertisements

“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” ciapnya tadi.

Media melaporkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam semalam.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan