26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

8 lokasi di Kuala Langat berdepan fenomena air pasang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPAN lokasi di Kuala Langat, Selangor berkemungkinan menghadapi limpahan air akibat fenomena air pasang selama lima hari bermula Rabu depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, lapan lokasi itu melibatkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat.

Katanya, risiko berlakunya kejadian banjir menjadi lebih buruk berkemungkinan terjadi sekiranya hujan lebat dan angin kencang serentak bersama air pasang besar.

“Penduduk di pesisir pantai di daerah ini disaran untuk lebih berhati-hati dan berwaspada.

Advertisements

“Justeru, orang ramai yang tinggal di pesisir pantai turut disaran agar menyimpan semua dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, lima kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk akan ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Ini melibatkan Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan