34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bayi lelaki usia setahun ditemukan rentung dalam kebakaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi lelaki berusia setahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terletak di tingkat tiga bangunan AIA, Jalan 2, Sandakan, Sabah, malam tadi.

Bayi dikenali sebagai Adam itu ditemui anggota bomba sebaik api berjaya dikawal daripada terus merebak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.09 malam.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat tiga yang musnah sepenuhnya. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.24 tengah malam sebelum seorang bayi lelaki ditemui di dalam rumah bangunan enam tingkat berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. ” katanya menerusi kenyataan media hari ini.-Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan