SEJUMLAH 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Sementara itu, terdapat 70,058 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 54,090 individu atau 77.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 9,453 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 5,948 kes dirawat di hospital dan 567 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 267 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 300 lagi memerlukan mesin ventilator. -Edisi 9