27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian lelaki

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yan, Kedah hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 24 tahun pada Julai lalu.

Memetik laporan Kosmo! tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Md. Ilyas Syahmi Ibnu, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad.

Md. Ilyas Syahmi yang berasal dari Kamunting, Perak kelihatan tenang pada prosiding itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zahari Ayub di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 10.40 malam, 18 Julai lalu.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan Khairul Azreem Mamat dan Mohd. Farhan Aliff Ahmad dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan serta laporan bedah siasat dan kimia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan