24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kluster tempat kerja sumbang kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pertambahan kluster baharu terutamanya di tempat kerja terus menyumbang kepada kes harian COVID-19 negara.

Hari ini sahaja, sebanyak 23 kluster baharu dikenal pasti, masing-masing sembilan kluster tempat kerja dan kluster komuniti dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.

Manakala, masing-masing satu kluster pendidikan lain dan kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Dengan pertambahan kluster tersebut, menjadi penyumbang kepada kes baharu harian yang merekodkan sebanyak 15,759 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian yang dilaporkan, 288 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala, 15,471 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

Katanya, Sarawak terus kekal merekodkan angka kes tertinggi dengan 3,732 kes dilaporkan.

“Selain Sarawak, negeri lain yang turut merekodkan angka empat digit adalah Johor dengan sebanyak 1,959 kes dan Selangor sebanyak 1,934 kes.

Advertisements

“Seterusnya, Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes) dan Perak (1,184 kes).

“Sementara, Kedah (786 kes), Pahang (707 kes), Terengganu (592 kes), Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes) dan Negeri Sembilan (127 kes).

“Lain-lain, Putrajaya (34 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (12 kes),” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya jumlah kes positif COVID -19 kini mencecah 2,127,934 kes.

Sementara itu, mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 1,117 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 635 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 16,650 kes sembuh dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID -19 sebanyak 1,897,386 kes,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan