Friday, June 5, 2026

Berhari raya dengan normal baharu ‘okey’

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9
ZIARAH menziarahi tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

HARI ini 2 Syawal bermakna kelonggaran yang dihadkan berhari raya menziarahi kaum keluarga oleh kerajaan pada semalam sudah berakhir hari ini.

Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan namun syarat maksimum hanya 20 orang dibenarkan menziarahi dalam satu-satu masa melegakan banyak pihak.

Ketidakbatasan media sosial digunakan sepenuhnya dalam membuat panggilan video secara berkumpulan.

Inilah normal baharu menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu sebanyak 127,552 kenderaan diperiksa dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membabitkan 162 sekatan diseluruh negara bagi mengekang aktiviti rentas negeri.

Aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak covid-19 dan berisiko berjangkit terhadap golongan terjejas seperti pesakit kronik, warga emas dan kanak kanak.

PENJAGAAN kebersihan mengikut SOP yang ditentukan semasa ziarah Hari Raya semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kes kematian wabak covid-19 melibatkan umur 60 tahun ke atas lebih lebih lagi yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan lain lain. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan