25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Dr Noor Hisham terharu terima kad ucapan daripada pelajar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terharu apabila menerima banyak kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan ucapan hari lahir daripada pelajar-pelajar sekolah.

Sambil mengucapkan terima kasih, beliau juga teruja dengan ketelusan dan kreativiti kanak-kanak ini memberikan sokongan kepada barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

“Hari ini saya berkesempatan utk membaca kad ucapan Hari Raya dan kad ucapan hari lahir daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah saya terima sebelum ini.

“Sungguhnya, saya terharu dan teruja dengan ketelusan serta kreativiti anak-anak cilik ini dalam memberi sokongan kepada warga barisan hadapan KKM,” katanya menerusi twitternya, semalam.

Dr Noor Hisham yang kini menjadi “orang penting” dalam menghadapi pendemik COVID-19 berterima kasih atas kiriman kad tersebut serta mendoakan agar pelajar terbabit cemerlang dalam pelajaran.

“Di kesempatan ini, saya ingin membalas kiriman kad ini dengan ucapan terima kasih dan selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Saya doakan para pelajar sekalian cemerlang dalam pelajaran. Nikmatilah keriangan bersama keluarga yang tersayang dan amalkan penjagaan kesihatan yang tinggi,” katanya. – Edisi9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan