
HARI ini 2 Syawal bermakna kelonggaran yang dihadkan berhari raya menziarahi kaum keluarga oleh kerajaan pada semalam sudah berakhir hari ini.
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan namun syarat maksimum hanya 20 orang dibenarkan menziarahi dalam satu-satu masa melegakan banyak pihak.
Ketidakbatasan media sosial digunakan sepenuhnya dalam membuat panggilan video secara berkumpulan.
Inilah normal baharu menyambut Aidilfitri.
Dalam pada itu sebanyak 127,552 kenderaan diperiksa dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membabitkan 162 sekatan diseluruh negara bagi mengekang aktiviti rentas negeri.
Aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak covid-19 dan berisiko berjangkit terhadap golongan terjejas seperti pesakit kronik, warga emas dan kanak kanak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kes kematian wabak covid-19 melibatkan umur 60 tahun ke atas lebih lebih lagi yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan lain lain. – Edisi 9