25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai

Mesti Baca

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Qurban atau Aidiladha pada 20 Julai ini, kata Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman.

Beliau yang mewakili Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berkata, keputusan itu dibuat atas perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan oleh raja-raja.

Advertisements

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1442 Hijriah ialah pada 11hb. Julai, 2021 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 20hb Julai 2021 Masehi,” ketika mengumumkan perkara itu malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan