31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MDEC lahirkan usahawan digital menerusi 100 Go Digital

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melahirkan usahawan-usahawan digital tempatan menerusi program 100 Go Digital yang dianjurkan.

Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, inisiatif tersebut menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B), logistik dan perkhidmatan profesional.

Menurut beliau, para jurulatih yang terlibat pula mempunyai rekod prestasi cemerlang terdiri daripada lapan syarikat kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions

‘’Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat.

“Selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi,’’ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Aiza Azreen berkata, agensi berkenaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari dan mampu bertahan dan berkembang ketika pandemik global.

“MDEC telah melancarkan program 100 Go Digital Coaching yang menggabungkan pelbagai komponen secara hands-on dalam memimpin peserta untuk memastikan mereka mencapai prestasi baik dalam perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Advertisements

Aiza Azreen berkata, usahawan yang diajar menggunakan pendekatan digital dalam perniagaannya telah menunjukkan hasil dalam tempoh singkat.

Katanya, ia selaras dengan matlamat MDEC yang memberi tumpuan terhadap empat teras digital iaitu kemahiran baharu (new skills), penerimaan (adoption), pengganggu (disruptors) dan pelaburan (investments).

Menurut Aiza Azreen, program ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur.

‘’Menarik menyaksikan bagaimana usahawan seperti kisah Hero Seafood ini menguruskan teras pengganggu (disruptors) berdasarkan kemahiran digital untuk memacu perniagaan,” katanya.

Pada masa hadapan, kata beliau, MDEC menerusi kepelbagai inisiatif mahu membimbing lebih banyak perniagaan tempatan mengembangkan operasi berteraskan teknologi terkini.

“Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan untuk menyokong kira-kira 875,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan