25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kumpulan antivaksin bakal berdepan tindakan undang-undang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kumpulan antivaksin yang terus menerus menghasut orang ramai agar tidak mengambil vaksin Covid-19 berkemungkinan bakal berdepan tindakan undang-undang.

Ini berikutan langkah kerajaan untuk mengkaji satu tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap golongan antivaksin berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Bernama melaporkan, kerajaan juga meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Kalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala sebahagian lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,” katanya.

Advertisements

Golongan antivaksin sebelum ini melemparkan pelbagai dakyah palsu semata-mata untuk mengelirukan orang ramai termasuk mendakwa vaksin Covid-19 haram di sisi Islam dan mengandungi ramuan daripada babi.

Pada Disember lalu, Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Januari lalu, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim memberi jaminan semua vaksin Covid-19 yang dibeli kerajaan adalah halal dan bebas daripada unsur babi.

Beliau meminta umat Islam di negara ini supaya tidak bimbang kerana semua vaksin yang dipilih kerajaan tidak mengandungi sebarang sel haiwan langsung.

Realitinya, beliau berkata, kebanyakan vaksin Covid-19 yang ada di dunia sekarang tiada unsur babi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan