31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1.2 juta lengkap dua dos, 2.2 juta dos pertama – Dr. Adham

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 1,122,420 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Beliau berkata angka itu merupakan peningkatan sebanyak 7,736 orang berbanding 1,114,684 pada Selasa.

“Selain itu, seramai 2,208,016 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,330,436,” katanya dalam hantaran menerusi Twitter beliau. 

Selangor merupakan negeri yang merekodkan dos lengkap tertinggi iaitu 145,636,  diikuti Sarawak (116,399), Perak (105,302), Kuala Lumpur (101,249) dan Johor (97,983).

Mengikut perancangan, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya. 

Fasa ketiga akan bermula pada bulan ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, sekitar 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

Semalam, Menteri Penyalaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, kadar peratusan rakyat Malaysia menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos, telah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Katanya, sehingga kelmarin Malaysia telah merekodkan 105,655 suntikan dengan kebanyakannya merupakan suntikan dos pertama.

“Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan