36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Remaja dilapor hilang ditemui di rumah teman lelaki

Mesti Baca

CYBERJAYA – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu ditemui polis di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Padang Jawa, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis berusia 15 tahun itu di sekitar Shah Alam pagi ini.

Menurutnya, kira-kira pukul 4 pagi, polis berjaya menemukan remaja perempuan itu di sebuah kondominium di Padang Jawa.

“Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu,” katanya seperti dilapor UtusanTV, hari ini.

Mengulas lanjut Baharuddin berkata, teman lelaki gadis terbabit yang berumur 19 tahun kemudiannya ditahan di lokasi sama.

Ujarnya, lelaki itu sudah ditahan untuk direman dan polis akan teruskan siasatan lanjut.

“Dia disiasat atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baharudin dalam pada itu berkata, bapa kepada remaja berkenaan juga sudah membuat laporan polis hari ini yang anaknya dirogol.

Media sebelum melaporkan polis menerima laporan mengenai seorang remaja perempuan hilang ketika keluar bermain papan luncur di taman berdekatan rumahnya pada 31 Mei lalu.

Bapa mangsa membuat laporan polis Selasa lalu mengenai kehilangan anaknya yang dikenali sebagai Nur Elida atau El.

Berita kehilangan gadis itu tular di media sosial di mana lokasi terakhir remaja itu dilihat di Seksyen 7 iaitu dalam kawasan taman perumahan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan