27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

ADUN Tanjung Sepat mohon maaf, akui langgar SOP

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah memohon maaf kerana menerima tetamu yang bertandang untuk berhari raya di rumahnya, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan Selangor menyatakan kekesalan yang amat mendalam berhubung perkara itu.

Borhan berkata, beliau telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Saya dengan ini menyatakan kekesalan yang mendalam atas perkara ini. Saya berjanji bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang.

Advertisements

“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak di atas kesalahan ini. Saya mengakui kesilapan dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial gambar-gambar menunjukkan belasan tetamu termasuk kanak-kanak berhari raya di rumahnya tanpa memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada beliau dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP atau sebaliknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan