28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Macam medan perang, kereta hancur meletup dipanah petir

Mesti Baca

KOTA BHARU – Seolah-olah di medan perang. Itulah reaksi para netizen apabila melihat gambar-gambar insiden kereta meletup dipercayai setelah dipanah petir di Simpang Empat Kampung Sirih di sini petang tadi.

Gambar-gambar insiden yang menunjukkan sebuah kereta musnah dan beberapa kenderaan lain rentung tular dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

Salah sebuah kereta yang musnah dalam insiden letupan di di Simpang Empat Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. – Gambar: Media sosial

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian kira-kira pukul 5.38 petang itu menyebabkan seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memberitahu, kereta yang dipercayai membawa muatan mercun itu dikatakan meletup sebelum mengakibatkan kerosakan terhadap lima kenderaan lain di lokasi tersebut.

Kelithatan api marak memusnahkan sebuah kereta dalam insiden letupan di di Simpang Empat Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. – Gambar: Media sosial

“Mangsa yang maut dipercayai tercampak sejauh 20 meter ke tepi jalan. Setakat ini empat cedera dan kesemua mereka masih mendapat rawatan di hospital.

“Kemalangan tersebut juga melibatkan kecederaan kepada seorang anggota polis yang kini turut dirawat di hospital yang sama,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Online, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan memberitahu, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang berada di kawasan itu dipanah petir.

Menurut beliau, selain itu, lima buah kenderaan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati, sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir dan seorang mangsa telah meninggal dunia,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan