Tuesday, July 21, 2026

Polis siasat 2 wanita asing ingkar SOP di Taman KLCC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 oleh dua wanita warga asing di laluan pejalan kaki Taman KLCC, Kuala Lumpur.

Ini berikutan, tular satu hantaran di Twitter milik @AdibahOj dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan dua wanita asing dilihat berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC.

“Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Noor Dellhan menegaskan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan tindakan undang-undang akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan