31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Pelajar tingkatan lima terjun bangunan sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar perempuan tingkatan lima bertindak terjun dari bangunan sebuah sekolah dalam satu kejadian di Kulai, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang guru lelaki berhubung kejadian itu pada jam 1.26 petang.

Menurutnya, pegawai penyiasat kes bersama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan pelajar Tingkatan Lima. Kejadian berlaku setelah mangsa selesai menduduki ujian peperiksaan.

“Mangsa telah pergi ke koridor bangunan sekolah tingkat empat itu dan bertindak terjun dari bangunan tersebut dengan ketinggian lebih kurang 40 meter.

“Pihak sekolah telah mengubungi ambulans. Mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Beng Yeow, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Baca juga:   Tuntutan palsu: SPRM tahan ahli politik, bendahari NGO

“Mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan muka, selain patah kedua belah tangan dan kecederaan dalaman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahli Dewan Rakyat wajib periksa kesihatan setahun sekali – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda...

Lagi Artikel Berkaitan