32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut terjatuh di Selayang

Wanita berusia 36 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, Selangor, semalam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Zainal Mohamed Mohamed, berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal Mohamed berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

Advertisements

Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya.

Media melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.

“Ketika kejadian, mangsa dalam jagaan ibu saudaranya. Kita percaya mangsa terjatuh daripada tingkap kediaman mereka.

“Siasatan mendapati tingkap berkenaan tidak dipasang jeriji, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis daerah Gombak,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001, kerana ada kaitan dengan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan