Wednesday, July 22, 2026

Kerteh Sports City mercu tanda baharu bola sepak di Terengganu

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

KERTEH – Satu lagi mercu tanda sukan bola sepak di Terengganu bakal direalisasikan apabila Kerteh Sports City bakal dimajukan di sini tidak lama lagi.

Projek yang bernilai RM7 juta membabitkan kerja-kerja menaik taraf Stadium Mini Kertih sedia ada kepada sebuah kompleks sukan bertaraf antarabangsa seluas 21 hektar.

Diusahakan oleh Kerteh Sports City Sdn Bhd (KSCSB) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), ia bakal hub pelancongan terbaharu di negeri ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif KSCSB, Razeman Mat Nashim berkata, projek pembangunan Kerteh Sports City itu membabitkan lima fasa.

Katanya, di bawah fasa pertama projek tersebut, KSCSB akan menaik taraf padang rumput sedia ada kepada padang sintetik yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Selain itu, kami juga akan menaik taraf gelanggang futsal serta menambah infrastruktur Stadium Mini Kerteh dan membina pusat komersil serta gimnasium.

“Di bawah Fasa Kedua pula, sebuah dewan badminton akan dibina di kawasan berkenaan bagi menyediakan kemudahan sukan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jusman Ibrahim (duduk kanan) dan Razeman Mat Nashim menandatangani perjanjian disaksikan oleh Ir Saiful Azmi Suhaili (berdiri tengah). Turut sama Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid (berdiri kanan). – Foto Edisi 9

Beliau yang juga Presiden Kerteh FC berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian menaikt taraf Stadium Mini Kerteh dengan MPK.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Yang Dipertua MPK, Jusman Ibrahim.

Razeman berkata, selanjutnya ia melibatkan pembinaan hotel, padang latihan serta fasiliti untuk kemudahan peminat terutana tempat duduk penonton.

Sementara itu Saiful Azmi berkata, pembangunan semula Stadium Mini Kerteh tepat pada masanya kerana pada ketika ini kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap aktiviti pelancongan sukan.

Beliau berkata, dengan adanya Kerteh Sports City ia akan menarik kehadiran orang luar untuk datang ke Kertih memandangkan ia juga menjadi gelanggang utama kelab Kerteh FC.

“Semua ini secara tidak langsung akan memajukan lagi Kertih dan kawasan sekitarnya.

“Dengan kata lain, peningkatan pelancongan sukan ini dapat meningkatkan lagi ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu Jusman berharap Kerteh dapat menjadi sebuah bandar bola sepak seperti Buriram di Thailand, selepas sebelum ini lebih dikenali sebagai bandar industri minyak dan gas. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan