26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Mampukah UMNO bersendirian hadapi PRU-15?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
kerjasama UMNO

Oleh DATUK NORSHIDA IBRAHIM

SEBENTAR tadi, semasa penggulungan ucapan Presiden UMNO, perwakilan dan akar umbi sedia maklum NO PPBM, NO ANWAR dan NO DAP.

Presiden menyatakan bahawa keputusan untuk bergerak sendiri itu bukan menandakan UMNO angkuh.

Mampukah UMNO itu bergerak sendiri? Dalam konteks politik di Malaysia, saya berpendapat agak sukar untuk parti keramat UMNO bergerak sendiri di bawah panji UMNO itu sendiri.

Saya berpendapat bahawa dalam menghadapi PRU-15, naratifnya UMNO tidak boleh bergerak sendiri dan perlukan kerjasama dalam konteks UMNO itu sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Alhi UMNO ialah seorang manusia ciptaan Allah SWT dan sebagai makhluk sosial pasti akan memerukan bantuan dari orang lain, manusia tidak biasa hidup sendirian kerana asalnya memang manusia amat saling bergantung antara satu sama lain.

Disebabkan itu dalam kehidupan sangat penting untuk memupuk kerjasama yang baik.

Kerjasama merupakan kegiatan yang dilakukan antara sesama manusia untuk mencapai tujuan bersama, dengan kerjasama seseorang akan lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu disebakan kita memiliki rakan untuk bertukar fikiran bagaimana sesuatu yang kita kerjakan itu dapat berjalan dan terselesaikan dengan cepat dan dengan hasil yang maksimum.

Dalam kerjasama sangat penting untuk mendengar pendapat dari rakan kerja kita, dengan pendapat-pendapat tersebut kita dapat memperbaiki atau menambah apa yang kurang untuk diperbaiki, sehingga kita akan lebih cepat menyiapkan kerja yang diberi.

Penting bagi kita untuk mendengarkan pendapat orang lain kerana itulah gunanya kerjasama, iaitu saling bertukar fikiran antara rakan.

Kita perlu ingat kembali sejarah negara demokrasi mengamalkan sistem pelbagai parti, tiada satu parti pun mampu untuk membentuk kerajaan secara bersendirian di sini. Malaysia mempraktikkan kerjasama antara parti politik di bawah Perikatan sejak 1950.

Advertisements

Oleh itu, parti politik yang ingin memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan perlu melakukan kerjasama politik antara parti.

Istilah kerjasama politik merujuk kepada sebarang kerjasama membabitkan dua parti politik atau lebih untuk mencapai pelbagai matlamat.

Istilah seperti gabungan, pakatan, permuafakatan, persefahaman politik dan perkongsian kuasa boleh didefinisikan sebagai kerjasama politik bagi maksud sama.

Kerjasama politik juga ialah pembentukan kerjasama sementara antara individu atau parti bersetuju untuk bergabung sumber bagi mencapai pelbagai matlamat dikehendaki bersama, berkongsi sumber bersesuaian, berkomunikasi dengan baik dalam perkara disepakati dan bersetuju pembahagian kuasa apabila menang.

Pada 2018, kerjasama politik Pakatan Harapan (PH) dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta disokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14).

Namun, kerjasama politik dalam PH membabitkan pelbagai latar belakang parti tidak mampu bertahan lama apabila berlaku krisis politik sehingga menyebabkan berlaku perubahan kerajaan pada peringkat Persekutuan dan sebahagian negeri.

Akhirnya, Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara tanpa pilihan raya. Peralihan kuasa hasil kerjasama politik antara beberapa parti itu membabitkan BERSATU, PAS dan dua parti politik tempatan di Sabah, iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Sebelum itu, wujud kerjasama politik, iaitu Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS demi kepentingan Melayu/Islam dan survival golongan majoriti di negara ini.

Bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara tidak membabitkan polisi utama parti masing-masing adalah penting dalam kerjasama politik. Komunikasi baik perlu dicapai menerusi perundingan sebelum sesuatu kerjasama dipersetujui.

Akhir sekali, perlu ditegaskan, perpecahan dalaman parti UMNO akan menghalang pembentukan gabungan kerjasama politik yang boleh menang, sekali gus merugikan semua akar umbi UMNO itu sendiri.

  • Penulis ialah Ketua Penerangan Wanita UMNO.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan