Saturday, June 13, 2026

Orang Melayu, Islam berpecah kerana pemimpin ego – Dr Akmal

Agenda sebenar Rumah Bangsa adalah jelas kehendak rakyat yang mahu melihat orang Melayu dan Islam menjadi kuat dan tidak terpecah.

Mesti Baca

ORANG Melayu dan Islam di negara ini akan terus berpecah lantaran kerana para pemimpinnya yang ego, kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh.

Ini kerana tegas beliau, agenda sebenar Rumah Bangsa adalah jelas kehendak rakyat yang mahu melihat orang Melayu dan Islam menjadi kuat dan tidak terpecah.

“Rupanya yang berpecah ini bukan rakyat tetapi pemimpin yang masih lagi ego.

“Jika ego masih lagi menebal, berpecahlah bangsa kita selamanya,” kata beliau hari ini.

Dr Akmal mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa penubuhan sekretariat Rumah Bangsa oleh UMNO dilihat sebagai usaha parti itu untuk kembali mengukuhkan kedudukan dalam politik Melayu.

“Pada pandangan saya itu cubaan UMNO untuk berkuasa kembali dan menjadi ‘abang besar’ semula. Dalam parti kita sendiri perkara ini belum dibincangkan lagi.

Masa dia sesak dia cari orang Melayu, masa dia rasa nak berkuasa dia cari kita. Masa dia seronok dia jadi kerajaan dengan DAP, itu UMNO, kita harap dia insaf,” katanya seperti dilapor media.

Dr Akmal yang juga ADUN Merlimau menegaskan, tiada langsung kenyataan oleh pemimpin UMNO bahawa Rumah Bangsa tersebut untuk mana-mana pihak menjadi ‘abang besar.’

Malahan jelas beliau,  kenyataan Presiden UMNO mengajak bekas ahli yang dipecat atau digantung keahlian serta mana-mana yang mahu bersama kembali bersama parti itu tanpa sebarang syarat jelas untuk penyatuan bangsa dan agama melebihi kepentingan individu.

“Kepentingan agama dan bangsa (seharusnya) melebihi kepentingan parti politik!,” tegas beliau.

Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO 2025 sebelum ini mencetuskan gerakan Rumah Bangsa dan mempelawa mana-mana pihak khususnya kalangan bekas ahli parti itu untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan kolaborasi agung di antara parti-parti Melayu dan Islam dalam usaha menyatakukan kembali bangsa tersebut. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan